Thursday, January 7, 2010

2010 tahun untuk ledak peluang buat duit online

Salam.

Ini post pertama bagi blog buat duit online ini. Pelabagai cara akan dikongsi dan dieksperimentasi melalui pelbagai kaedah. Hasil atau kebaikannya akan dikongsi, samada wang dibayar, affiliate yang betul atau penipu sahaja.

Newbie? jangan takut, semua orang bermula dari bawah. jatuh dan bangun adalah asam garam berniaga, tak kira samada online atau offline. Saya sendiri pernah tersungkur, terkulai layu dalam ebay, affiliate (PPC) dan juga perniagaan offline saya.

Belajar daripada sifu (mentor) adalah jalan yag terbaik kerana guru adalah seorang yang mempunyai ilmu dan pengalaman yang amat luas. Mungkin guru itu kita kenal secara nyata, mahupun maya. Ataupun kita hanya mengikuti jejak langkah dan pembelajaran yang disampai melalui blog, newsletter atau pun ebook.

Google segala persoalan jika kita kurang pasti. Terdapat berjuta blog di luar sana menyediakan laporan atau review tentnag sesuatu produk. Tanya secara YM mana-mana sifu yang kita kenal juga supaya tak terjatuh tersungkur (macam saya).

Selamat maju jaya dan kongsilah ilmu kita supaya ia akan jadi bekalan di alam kubur. Amin.

No comments:

Post a Comment