Friday, January 8, 2010

Ebay masih lagi lubuk duit





Salam,

Saya baru sahaja mendaftar dengan panduan asas dan advance ebay dan mempromosikannya sebagai produk affiliate. Untuk pengetahuan anda, saya pernah merasai status sebagai power seller samada menjual produk sendiri, mahupun sebagai dropshipper.

Saya juga pernah merasai sengsara kena 'hold' akaun dengan ebay ( tidak dapat menambah listing baru) - akaun paypal juga kena access limit (tak boleh transer fund / withdraw). Semuanya gara-gara persiapan yang tak cukup lengkap untuk mengharungi dunia dropship. Itulah padahnya bila buat sesuatu dalam keadaan terburu-buru. Mula-mula memang paypal saya berdesup-desup masuk USD / GBP, tak lama lepas tu, zzzuuuppppp!!! Kena hold akaun saya, bukan satu tapi 2 akaun (produk sendiri dan produk dropship). Gelap seketika dunia ni rasanya.

Sekarang saya masih lagi berurus niaga menggunakan satu akaun sahaja menjual produk sendiri. Insyaallah satu lagi akaun akan diaktifkan semula (yang ni dah ada 8 feedback positif - pernah kena hold) untuk berurus niaga dengan dropship company. Saya akan pastikan akaun ini tidak menjejaskan akaun utama saya (akaun baru setup)- akaun yang lama masih lagi belum boleh aktif sebagai seller. Ada beberapa langkah berjaga-jaga yang saya ambil, mungkin saya akan buat post tentang ini suatuhari nanti.

Saya mula rasa terpanggil untuk menebus kekecewaan saya membuat ebay dropship dimana pada pertengahan tahun 2008, akaun ebay dan paypal saya dibekukan. Ini mengakibatkan pendapatan utama online saya (ebay) tertutup sama sekali. Patah semangat jangan katalah, memang lemah longlai. Terus tersungkur lemah tak bermaya untuk 'ber Ebay'

Tapi ciri-ciri seorang usahawan kena berhati kering, kena kental dan tidak mudah patah semangat. Kalau anda nak tahu, bodoh-bodoh je saya kena bayar ebay fees lebih RM2k ++, kalau tak awek 'debt collector' tu asyik call saya je bagi pihak ebay. Jadi bagi anda diluar sana yang ingin berjinak-jinak dengan ebay, pastikan mendapat guru yang terbaik aka SIFOO.... Mana tahu, anda boleh buat USD senang-senang dari rumah berdasarkan panduan asas dan advance ebay ini! Ada bran?


No comments:

Post a Comment